Saturday, October 09, 2021

Mr Sunshine - bukan review pong

 


Frontman citer Squid Game ni punya pasal la sis kuatkan tekad tuk tengok. 

Sebab drama ni dalam wish list. ramai cakap sad drama. Sis pulak tengok sebabkan acik Lee Byung Hun ni. hahahahaha. Nak buat gane, kita peseng minat hero matang (bukang tua ye).


Inilah pokcik yang ku idolakan dari 1st episod. Mung nok kate muke jahat, gangster ke, muke komunis bunuh orang ke, ikut panda ar. Doh sis minat peseng muke ginim. sesuai amat dengan citer zaman Joseon ni. fakta sejarah drama ni katenya doklah betol sangat. 

Kisah berkisar pasal 5 manusia yang terikat dengan takdir masa lalu mereka dan juga waktu sekarang. cinta yang dok berapa bersegi sangat. tapi hok buleh sis kabo 2 orang lelaki yg syiok sama sorang puang, dan sorang lagi lelaki yang asalnya x berapa nok pon tapi terikat dengan ikatan lepas tu macam2 lah situasi dan konfliknya. 

  • Mung dok suke aku, aku suke sket2 je ke mung tapi mung tu milik aku, kene pertahankan la konon2.
  • Aku suke ke mung, mung dok tahu bakalih. Tapi aku napok jahat plok di mata mung dan aku memang terhutang nyawa dengan mung, cara aku gangster ar sket doh aku Yakuza kan๐Ÿ‘…๐Ÿ‘…
  • Aku dok berniat pong jatuh cinta ke mung, tapi doh it's LOVE dear. Mung pon jatuh suka ke aku. tapinya banyak pulok hal-hal yang dok buleh kita ketepikan.
Tu semua pasal watak-watak lelaki dalam cerita ni.

Sis baru tengok episod 9. dan avoid sangat baca spoiler. Dan ramai kate cite ni membawak pada kemurungan sebab ending dia mcm apekah... gitu. sad ending sis ready doh nim. koh koh koh.

Duk senggeng gitu pong napok ensem kakloh doh pokcik Lee Hyung Bun aka frontman Squid Game ni. alahai. 

p/s: jangan muntah sebab sis memang tahap senyum sorang2 di awal2 episod drama ni tengok lagak pokcik ni. oke pokcik ni byk berlakon pilem hollywood oke. Terminator tu dia berlakon, G.I. Jane tu dia berlakon. Taraf2 international. bese la doh kita minta, mesti la kita puji walaopun pokcik ni ade few kontrobesi. Sis x kesah nyah







Monday, July 05, 2021

Series Korea yang baru abis tengok - Korean Odyssey

 KOREAN ODYSSEY

 


1st sis start tergerak hati nak tengok cerita ni adalah sebab sis memang selalu tengok preview citer ni di FB. Back on 2017 macam tu tapi masa tu mana nak cekau. So cari di youtube pon tak berapa jumpa.

Sampailah sis subcribe Netflix lepas sis beli Android TV awal tahun aritu.

Masa tu memang tak terfikir pon pasal citer ni sebab sis pulun search apa-apa movies or series yang Lee Seung Gi ์ด์Šน๊ธฐberlakon.

Masa tu dah khatam Vagabond. Walaupun cerita Gu Family Book lakonan beliau dengan Bae Suzy tu sis tak abiskan lagi. Asal memula tertarik tu sebab sis tengan GFB tu la sebab cerita lama ade kungfu sket dan watak LSG ni memang cheeky sangat remind me of watak Jacky Chang dalam setiap filem dia. Lawak-lawak, cheecky dan fight tangkas gitu.

 

Itulah starting sis tengok KO ni. Sayang nak abiskan cepat-cepat. Boleh pulak in between tengok KO sis tengok Vagabond dulu kasik abis. Sebab KO ni sis sayang cerita dia walaupun sangat mengarut (kalah Harry Potter) tapi the bond between watak-watak tu buatkan sis seronok melayan.

Dan semalam official sis abiskan 3 episode back to back. Dan abis 1 kotak tisu kat bilik sebab sis menangis dengan sangat teruk. Bangun tido pagi tadi sakit kepala, mata pon bengkak. Hahaha.

Korean Odyssey ni cerita fantasi merepek-repek tapi still banyak pengajaran yang boleh kita kutip. Drama ini merupakan karya moden novel klasik abad ke-16 Journey to the West. Watak utama Song O-Gong(Jelmaan monyet) dan Jin Sun Mi aka Sam-Jang. Yang lain-lain tu kelakar lah watak King (jelmaan kerbau), ade Secretary Miss Ma (Jelmaan Anjing), PK- retis pemes (Jelmaan babi hutan) dan macam-macam lagi.

Kisah Jin Sun-Mi yang dari kecik dimaki dan dibenci orang kampung. Sebab di katakan bawak suwey. Parents dia meninggal hari dia dilahirkan. Dia membesar dengan nenek dia. Nenek dia memang sayang dan selalu cakap dia ni blessed-child. Rupanya semasa hari kelahiran JSM ni satu kampung dia - Lotus Village tu dilanda wabak (ala2 kobit la kot), ramai orang mati di klinik. Tiba2 SJM dilahirkan wabak tu terus hilang(ujung2 cerita baru reveal pasal ni). sebab sebenarnya dia special. Doktor situ yang cakap darah dia lah rawat wabak tu tapi orang kampung x tau/memang indenial.

Bermula dari kecik dia nampak hantu sebab tu orang kampoung label dia as cursed-child. Masa kecik dia tertipu dengan jelmaan kerbau aka King tu dan dia pon as budak2 telah terlanggar pantang dalam masa dia kene tricked dengan King tu. Dia masuk rumah jelmaan monyet tu yg dah ratusan dan ribuan tahun tak jumpa manusia dan dibuang dari ke dunia.

Namun takdir yang menemukan mereka walaupun memori part nama jelmaan monyet tu dah dihilangkan oleh sang monyet tu tapi takdir dan jodoh pencintaan tu lagi kuat. Awal-awal episod tu memang rasa nak marah pada watak Lee Seung Gi(hahaha).

Tapi sis x suka part sedey2 yang hujung2 episod tu. Really hope ade KO2. enjoy the series pada yang baru nak tengok tu.


next i'll share pasal Vagabond pulak

#leeseunggi #sam-jang

#koreanodyssey

Monday, June 21, 2021

Ulasan santai-santai - Kapal Terakhir di Dunia Ep 1 & 2

 


Assalamualaikum.

Lama blog ni bersarang lebah berhabuk tanpa apa-apa kemaskini.

Bermula dengan Admin buku Ramlee Awang Murshid (RAM) promosikan pautan untuk buat tempahan awal karya Teme Abdullah ni. Sis bukanlah peminat tegar TA pon. Nama penulis pon haram tak pernah dengar.

Tapi melihatkan kegigihan admin promosi pautan tu sampai naik serabut bila muncul kat WhatsApp tu. Sis akhirnya gagahkan jari jemari untuk membuat carian manusia yang memakai nama Teme Abdullah ni.

Akhirnya barulah sis tahu TA ni adalah penulis buku pelukis jalanan. buku tu beebrapa tahun lepas memang agak menjadi perhatian semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). zaman pandemik tak payah nak sembang la sangat la PBAKL ka apa buat sis kemurungan!!

Dan paling rasa entah apa-apa bila sis punya kawan baik selamanya (BFF) cakap mamat TA ni poyo sbb orang taktahu muka dia macamana sebab dia pakai mask sepanjang sesi bertemu peminat. kalau yang tahu wajahnya hanya YDPA , RPA dan pekerja-pekerja istana negara sebab TA ni dapat satu projek lukis/ukir muka SPB berdua tu kat kotak cenderamata istana macam tu.


Berbalik kepada buku KTDD ni, sis memulakan bacaan dengan tak berapa teruja sebab entah siapa-siapa lah TA ni kan. so baca satu muka surat sis terus bercakap dengan diri sendiri (ala mcm drama-drama pukul 7 malam tu, heroin kan suka cakap seorang diri. hahaha)

Monolog sis adalah:

eh eleh Sains Fiksyen rupenya. Sangat tak boleh nak bergaul mesra dengan umur sis yang dah 40 tahun ni.

Masuk bab kedua, ketiga dan selanjutnya teru sis terimbau memori sekolah rendah zaman sis punya me time di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Sis terjebak baca satu naskhah Ahmad Patria Abdullah. cerita sains fiksyen. artakus dan dunia lain. asal terjebak tu sebab sis tengok senarai nama peminjam pada kad buku tu. hahahahaah

So ceritanya melangkau otak kau lah. Dan sememangnya penulis genre macam ni sangat kreatif imaginasinya. 

Hero cerita ni Aria anak muda belasan tahun yang mendiami Bokor- kapal terakhir di dunia. Tapi budak Aria ni mendiami aras lantai. Aras orang berpenyakit. masa mula-mula baca sis memang ada beberapa telahan berkenaan penyakit penghuni aras lantai tu. Ternyata ramalanku tepat belaka.

Heroin dia Vanessa takkan si Niha jiran sebelah umah Aria pulak kan. koh koh koh. 

Makcik budak yg umur 40 ni seronok baca buku ni apatah lagi bebudak belasan tahun yang baca. Cuma harap tiadalah walaun cakap buku ni menjurus kepada tahyul ke terpesong akidah ke. Raikan lah kebebasan berkarya dan kkreativiti penulis. Itu je lah.

Jadinya selepas baca kedua-dua episod, sis berharap sangat ada episod 3. hahaahaha. Masa buku episod 1 tu agak lemau sis nak laju-laju tapi bila smapai separuh tu memang kelajuan gear dia 5 lah. x sabar nak ke buku ke 2 masa tu.

Itulah, sis tengah berkira-kira nak beli Kombo Siri Purnama ke Siri Empayar ke Siri Jalanan. Nampak taka cik umur 40 tahun kalut nak cari buku-buku TA ni. hihihi.

XoXo

#TemeAbdullah

#Kapalterakhirdidunia