Monday, June 21, 2021

Ulasan santai-santai - Kapal Terakhir di Dunia Ep 1 & 2

 


Assalamualaikum.

Lama blog ni bersarang lebah berhabuk tanpa apa-apa kemaskini.

Bermula dengan Admin buku Ramlee Awang Murshid (RAM) promosikan pautan untuk buat tempahan awal karya Teme Abdullah ni. Sis bukanlah peminat tegar TA pon. Nama penulis pon haram tak pernah dengar.

Tapi melihatkan kegigihan admin promosi pautan tu sampai naik serabut bila muncul kat WhatsApp tu. Sis akhirnya gagahkan jari jemari untuk membuat carian manusia yang memakai nama Teme Abdullah ni.

Akhirnya barulah sis tahu TA ni adalah penulis buku pelukis jalanan. buku tu beebrapa tahun lepas memang agak menjadi perhatian semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). zaman pandemik tak payah nak sembang la sangat la PBAKL ka apa buat sis kemurungan!!

Dan paling rasa entah apa-apa bila sis punya kawan baik selamanya (BFF) cakap mamat TA ni poyo sbb orang taktahu muka dia macamana sebab dia pakai mask sepanjang sesi bertemu peminat. kalau yang tahu wajahnya hanya YDPA , RPA dan pekerja-pekerja istana negara sebab TA ni dapat satu projek lukis/ukir muka SPB berdua tu kat kotak cenderamata istana macam tu.


Berbalik kepada buku KTDD ni, sis memulakan bacaan dengan tak berapa teruja sebab entah siapa-siapa lah TA ni kan. so baca satu muka surat sis terus bercakap dengan diri sendiri (ala mcm drama-drama pukul 7 malam tu, heroin kan suka cakap seorang diri. hahaha)

Monolog sis adalah:

eh eleh Sains Fiksyen rupenya. Sangat tak boleh nak bergaul mesra dengan umur sis yang dah 40 tahun ni.

Masuk bab kedua, ketiga dan selanjutnya teru sis terimbau memori sekolah rendah zaman sis punya me time di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Sis terjebak baca satu naskhah Ahmad Patria Abdullah. cerita sains fiksyen. artakus dan dunia lain. asal terjebak tu sebab sis tengok senarai nama peminjam pada kad buku tu. hahahahaah

So ceritanya melangkau otak kau lah. Dan sememangnya penulis genre macam ni sangat kreatif imaginasinya. 

Hero cerita ni Aria anak muda belasan tahun yang mendiami Bokor- kapal terakhir di dunia. Tapi budak Aria ni mendiami aras lantai. Aras orang berpenyakit. masa mula-mula baca sis memang ada beberapa telahan berkenaan penyakit penghuni aras lantai tu. Ternyata ramalanku tepat belaka.

Heroin dia Vanessa takkan si Niha jiran sebelah umah Aria pulak kan. koh koh koh. 

Makcik budak yg umur 40 ni seronok baca buku ni apatah lagi bebudak belasan tahun yang baca. Cuma harap tiadalah walaun cakap buku ni menjurus kepada tahyul ke terpesong akidah ke. Raikan lah kebebasan berkarya dan kkreativiti penulis. Itu je lah.

Jadinya selepas baca kedua-dua episod, sis berharap sangat ada episod 3. hahaahaha. Masa buku episod 1 tu agak lemau sis nak laju-laju tapi bila smapai separuh tu memang kelajuan gear dia 5 lah. x sabar nak ke buku ke 2 masa tu.

Itulah, sis tengah berkira-kira nak beli Kombo Siri Purnama ke Siri Empayar ke Siri Jalanan. Nampak taka cik umur 40 tahun kalut nak cari buku-buku TA ni. hihihi.

XoXo

#TemeAbdullah

#Kapalterakhirdidunia