Monday, July 05, 2021

Series Korea yang baru abis tengok - Korean Odyssey

 KOREAN ODYSSEY

 


1st sis start tergerak hati nak tengok cerita ni adalah sebab sis memang selalu tengok preview citer ni di FB. Back on 2017 macam tu tapi masa tu mana nak cekau. So cari di youtube pon tak berapa jumpa.

Sampailah sis subcribe Netflix lepas sis beli Android TV awal tahun aritu.

Masa tu memang tak terfikir pon pasal citer ni sebab sis pulun search apa-apa movies or series yang Lee Seung Gi 이승기berlakon.

Masa tu dah khatam Vagabond. Walaupun cerita Gu Family Book lakonan beliau dengan Bae Suzy tu sis tak abiskan lagi. Asal memula tertarik tu sebab sis tengan GFB tu la sebab cerita lama ade kungfu sket dan watak LSG ni memang cheeky sangat remind me of watak Jacky Chang dalam setiap filem dia. Lawak-lawak, cheecky dan fight tangkas gitu.

 

Itulah starting sis tengok KO ni. Sayang nak abiskan cepat-cepat. Boleh pulak in between tengok KO sis tengok Vagabond dulu kasik abis. Sebab KO ni sis sayang cerita dia walaupun sangat mengarut (kalah Harry Potter) tapi the bond between watak-watak tu buatkan sis seronok melayan.

Dan semalam official sis abiskan 3 episode back to back. Dan abis 1 kotak tisu kat bilik sebab sis menangis dengan sangat teruk. Bangun tido pagi tadi sakit kepala, mata pon bengkak. Hahaha.

Korean Odyssey ni cerita fantasi merepek-repek tapi still banyak pengajaran yang boleh kita kutip. Drama ini merupakan karya moden novel klasik abad ke-16 Journey to the West. Watak utama Song O-Gong(Jelmaan monyet) dan Jin Sun Mi aka Sam-Jang. Yang lain-lain tu kelakar lah watak King (jelmaan kerbau), ade Secretary Miss Ma (Jelmaan Anjing), PK- retis pemes (Jelmaan babi hutan) dan macam-macam lagi.

Kisah Jin Sun-Mi yang dari kecik dimaki dan dibenci orang kampung. Sebab di katakan bawak suwey. Parents dia meninggal hari dia dilahirkan. Dia membesar dengan nenek dia. Nenek dia memang sayang dan selalu cakap dia ni blessed-child. Rupanya semasa hari kelahiran JSM ni satu kampung dia - Lotus Village tu dilanda wabak (ala2 kobit la kot), ramai orang mati di klinik. Tiba2 SJM dilahirkan wabak tu terus hilang(ujung2 cerita baru reveal pasal ni). sebab sebenarnya dia special. Doktor situ yang cakap darah dia lah rawat wabak tu tapi orang kampung x tau/memang indenial.

Bermula dari kecik dia nampak hantu sebab tu orang kampoung label dia as cursed-child. Masa kecik dia tertipu dengan jelmaan kerbau aka King tu dan dia pon as budak2 telah terlanggar pantang dalam masa dia kene tricked dengan King tu. Dia masuk rumah jelmaan monyet tu yg dah ratusan dan ribuan tahun tak jumpa manusia dan dibuang dari ke dunia.

Namun takdir yang menemukan mereka walaupun memori part nama jelmaan monyet tu dah dihilangkan oleh sang monyet tu tapi takdir dan jodoh pencintaan tu lagi kuat. Awal-awal episod tu memang rasa nak marah pada watak Lee Seung Gi(hahaha).

Tapi sis x suka part sedey2 yang hujung2 episod tu. Really hope ade KO2. enjoy the series pada yang baru nak tengok tu.


next i'll share pasal Vagabond pulak

#leeseunggi #sam-jang

#koreanodyssey